Wednesday 7 December 2011

Pemilihan Pemain Bola Sepak Kemasukan Pelajar Ke Tingkatan Satu Pusat Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (Bola Sepak) Di SMK Tinggi Kajang Bagi Tahun 2012

Pemilihan Pemain Bola Sepak Kemasukan Pelajar Ke Tingkatan Satu Pusat Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (Bola Sepak) Di SMK Tinggi Kajang Bagi Tahun 2012 akan diadakan pada:
 Tarikh     : 10 Disember 2011
 Hari        :  Sabtu
Tempat    : Padang SMK Tinggi Kajang
Masa       : 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Sasaran    : Pelajar-pelajar lelaki Tahun 6 / 2011 yang berminat
Syarat      : Bawa bersama a) Dokumen berkaitan dengan ko-kurikulum
                                        b) Slip keputusan U.P.S.R 2011
Pegawai yang boleh dihubungi : a) En Mazlan b Ahmad, PPDHL (019-2723050)
                                                b) En Sa'ari b Abd Hamid, SMK Tinggi Kajang (019-3225324)

Saturday 5 November 2011

Program Pengurusan Obesiti

Tarikh    : 27 Oktober 2011
Masa     : 10 pagi - 2.30 petang
Tempat  : Bilik Kesihatan SKSJ
Sasaran : Guru & Kakitangan SKSJ
Penganjur : Persatuan Kebajikan dan Sosial Nilai Murni Kajang DENGAN Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (Kementerian Kesihatan Malaysia)
Aktiviti :
 a)  Body scan untuk mengetahui tahap
              i)   Berat badan
              ii)  Peratusan Cecair dalam badan
              iii) Lemak di dalam tubuh badan
              iv) Lemak Visceral
              v)  Kepadatan otot
             vi)  Kepadatan Tulang
             vii) Kadar metabolik basal dan
            viii) BMI (Body Mass Index)
 b) Tekanan darah dan kadar denyutan jantung, dan
 c) Ujian untuk menentukan saluran darah tersumbat

Tujuan :
a) Sebagai saringan untuk memilih peserta yang layak mengikuti program ini
b) Membina satu pengkalan data (data base) bagi mengetahui keadaan peserta sebelum dan selepas menjalani program ini.

Bayaran : PERCUMA kecuali UJIAN DIABETIK


    

Program Pemakanan Sihat CSR

Tarikh     : 29 July 2011
Masa      : 4.00 pm
Sasaran  : Murid-murid Tahap 1
Temapat : Dewan Gemilang & Dataran SKSJ
Penganjur : Little Friends Sdn Bhd
Aktiviti :
1. Taklimat tentang pemakanan sihat dan pergerakan senaman serta fungsi setiap pergerakan dalam menyihatkan badan dan minda.
2. Sesi soal jawab dan interaksi bersama-sama murid.
3. Pengagihan cenderhati ( jadual waktu, buku catatan, pek Vico) kepada murid-murid
4. Minuman sihat bersama Vico.

Wednesday 2 November 2011

Monday 24 October 2011

Merdeka Raya 2011

Tarikh : 23 September 2011
Masa : 7.40 pagi - 12.30 tgh
Tempat: Dataran SKSK & Dewan Gemilang SKSJ
Pakaian : Pakaian raya yang tercantik

Sunday 23 October 2011

HAPPY DEEPAVALI

Gotong Royong Perdana 2011

Tarikh : 22 Oktober 2011
Masa : 7.30 pagi - 1.00 pm
Tempat: SK Sri Jelok
Tema : SEKOLAH CERIA SEMUA GEMBIRA
Anjuran : PIBG SK Sri Jelok
Aktiviti : Senamrobik, Mengecat, Menghias Laman dan Jamuan Ringan
              Gotong Royong Perdana dimulakan dengan senamrobik yang dikendalikan oleh guru-guru pelatih dari Maktab Perguruan Islam, Bangi. Ucapan setinggi-tinggi TERIMA KASIH kepada guru-guru, ibu bapa, staf sokongan, murid-murid tahun 5 & 6, Syarikat Pembersihan - Jaya Contractor, Pengusaha Kantin SK Sri Jelok, Syarikat Pelupusan Sampah Taman Sri Jelok, Surau Al-Asmah dan MPKJ dalam menjayakan program ini.

YOUNG and FIT bersama MILO

Tarikh : 
21 Oktober 2011 (Murid Tahap 1)
31 Oktober 2011 (Murid Tahap 2)
Masa : 
2.15 petang
11.00 pagi
Tempat  :
Dataran SK Sri Jelok
Anjuran :
Nestle Malaysia

Saturday 22 October 2011

Kempen Anti Denggi Bersama Fumakilla 2011

Tarikh : 22 September 2011
Tempat : Dewan Gemilang SKSJ
Masa : Tahap 1 (Tahun1-3)  -   3.30 ptg - 4.30 ptg
           Tahap 2 (Tahun 4-6) -   9.00 pg - 10.00 pg
Sasaran : Murid -murid Tahap 1, 2 & guru-guru
Anjuran Bersama : Fumakilla Malaysia Berhad
Aktiviti :
1 - Sesi Persembahan / Drama 
      Satu persembahan seni lakon diperlihatkan kepada pelajar-pelajar berhubung dengan isu-isu yang       berkaitan :

  •  Mengenali nyamuk aedes
  • Penerangan mengenai pembiakan / kitaran hidup nyamuk di persekitaran kita
  • Penerangan mengenai demam denggi
  • Simptom demam denggi & kesan ke atas kesihatan pada badan
  • Cara-cara mengawal serta pencegahan pembiakan dan demam denggi

2 - Sesi Penerangan & Kuiz 

  • Setelah selesai sesi persembahan, fasilitator memberikan penerangan/ulasan terperinci kepada pelajar-pelajar dengan merujuk kepada persembahan drama tersebut. 
  • Di dalam masa yang sama, fasilitator juga mengajukan beberapa soalan kuiz kepada pelajar-pelajar.

3 - Saguhati kepada pihak sekolah

  • Menyedari pentingnya bagi pihak sekolah untuk membenteras nyamuk aedes, maka pihak Fumakilla telah memberi sumbangan Fumakilla aerosol 318g berjumlah 2 kotak (48 botol) bagi kegunaan di kelas-kelas di sekolah.

Latihan Kecemasan SKSJ 2011


Latihan & Ceramah Kebakaran & Kecemasan  
Dengan Pasukan Bomba & Penyelamat Kajang

Tarikh   : 27 Julai 2011
Masa    : 9.30 pagi
Sasaran : Semua warga SK Sri Jelok
  • pelajar Pra-sekolah dan Tahun 4 - 6
  • pentadbir & guru
  • staf sokongan
  • staf pembersihan
  • staf kantin
  • pengawal keselamatan

Thursday 18 August 2011

HARI KEMERDEKAAN KE 54


                                                            
                    "1 Malaysia : Transformasi Berjaya 
                                       Rakyat Sejahtera"



Program Masih Ada Yang Sayang

Program ini anjuran Unit Kebajikan, Kaunseling dan PIBG SK Sri Jelok.

1. Majlis Berbuka Puasa Anak Yatim dan Miskin bersama Tahun 6 pada 11 Ogos 2011 (Khamis) dari jam 6 ptg hingga 10.30 malam. Ibu bapa pelajar juga dijemput hadir bersama..

2. Membeli pakaian serba lengkap untuk Anak Yatim dan Miskin dari Tahun 1 - 6 pada 15 Ogos 2011. Murid-murid diberi peluang memilih pakaian dan kasut Raya kegemaran mereka.

3. Majlis Penyampaian baju Raya, hamper dan duit Raya pada 22 Ogos 2011 (Isnin) semasa Perhimpunan Rasmi oleh Guru Besar SK Sri Jelok, Encik Yusof bin Kamaruddin.

Akhir kata, TERIMA KASIH DAUN KELADI kepada PIBG, ibu bapa, guru-guru, staf sokongan, pekerja swasta (Pembersihan & Keselamatan), murid-murid dan juga Surau Al-Asmah dan orang perseorangan yang telah menyumbang tenaga, makanan dan derma dalam menjayakan Program ini.


Thursday 19 May 2011

Barisan Pentadbir & Staf Sokongan SK Sri Jelok

Berdiri belakang: kiri ke kanan Pn Hanoom, Pn Shabira, En Pirus, En Nazarin, Pn Marieannie &  Pn Norsidah
Duduk : Kiri ke kanan : Pn Norida, Pn Khaw, Pn Hashimah, Tn Hj Ali, Pn Anita & Pn Eshariza

Barisan Pentadbir SK Sri Jelok


Kiri ke kanan: Pn Khaw, Pn Hashimah, Tn Hj Ali, Pn Anita & Pn Eshariza

Tuesday 17 May 2011

Rakan-rakan HEM Daerah Hulu Langat

                                                                Gambar Kenangan 2010

Warga SK Sri Jelok

Program Keceriaan - LADAP



Program Keceriaan - LADAP telah dijalankan pada 14 Mei 2011 dari jam 8.30 pg - 2.30 ptg disertai oleh guru-guru SK Sri Jelok. Terima kasih daun keladi kepada staf sokongan, pengawal keselamatan pagi, pekerja am dan anak-anak guru yang juga telah sama-sama berganding bahu dalam menceriakan kawasan sekolah. Terima kasih juga kepada Pn Faizah Mamat yang sudi datang menyertai Program Keceriaan - LADAP walaupun telah dapat bertukar ke SK Semenyih. Suasana kegembiraan dapat dilihat dan dirasai dengan telatah, gelak ketawa, usik mengusik serta juadah yang dibawa. Terima kasih atas komitmen dan kerjasama yang diberi.

Gotong Royong Keceriaan Dewan Gemilang

Tarikh : 7 Mei 2011
Masa : 8.30 pg
Anjuran : PIBG SK Sri Jelok
Tempat : Dewan Gemilang SK Sri Jelok
Aktiviti : Mengecat dewan
Tujuan : 1. Memberi nafas baru pada dewan yang berumur hampir 13 tahun.
                  2. Membina perhubungan silatulrahim antara AJK ibu bapa dan guru
Laporan :
Projek pertama AJK PIBG sesi 2011-2012 diadakan dengan jayanya. Bermula dari pukul 8.30 pg - 2.00 ptg. Setiap JK membawa "pot luck" masing-masing. Selain daripada kepakaran mengecat, dapat juga menunjuk kepakaran memasak. Terima kasih daun keladi kepada semua yang terlibat. Selepas mengecat,terasa amat penat namun tetap gembira.

Friday 6 May 2011

BENGKEL PEMBINAAN HALAMAN BLOG PKHEM (SR) DHL

Bengkel Pembinaan Halaman Blog PKHEM (SR) DHL ini diadakan pada 5 dan 6 Mei 2011 di PKG Ampang. Seramai 12 orang PK HEM dapat hadir di bengkel ini. Penerangan dan latihan diberikan oleh Encik Adlan b Mohd Ali dari SK Dusun Tua. Bengkel ini telah memberi banyak maanfat yang berguna kepada PK HEM, daripada tidak tahu kepada tahu. Harapan saya lebih ramai lagi PK HEM Daerah Hulu Langat akan didedahkan kepada bengkel ini. Terima kasih daun keladi kepada JKGPKHEM(SR) DHL atas inisiatif menagadakan bengkel seperti ini. Terima kasih juga kepada PPD Hulu Langat yang telah meluluskan permohonan JKGPKHEM(SR) DHL untuk mengadakan bengkel ini.