Thursday 19 May 2011

Barisan Pentadbir & Staf Sokongan SK Sri Jelok

Berdiri belakang: kiri ke kanan Pn Hanoom, Pn Shabira, En Pirus, En Nazarin, Pn Marieannie &  Pn Norsidah
Duduk : Kiri ke kanan : Pn Norida, Pn Khaw, Pn Hashimah, Tn Hj Ali, Pn Anita & Pn Eshariza

Barisan Pentadbir SK Sri Jelok


Kiri ke kanan: Pn Khaw, Pn Hashimah, Tn Hj Ali, Pn Anita & Pn Eshariza

Tuesday 17 May 2011

Rakan-rakan HEM Daerah Hulu Langat

                                                                Gambar Kenangan 2010

Warga SK Sri Jelok

Program Keceriaan - LADAP



Program Keceriaan - LADAP telah dijalankan pada 14 Mei 2011 dari jam 8.30 pg - 2.30 ptg disertai oleh guru-guru SK Sri Jelok. Terima kasih daun keladi kepada staf sokongan, pengawal keselamatan pagi, pekerja am dan anak-anak guru yang juga telah sama-sama berganding bahu dalam menceriakan kawasan sekolah. Terima kasih juga kepada Pn Faizah Mamat yang sudi datang menyertai Program Keceriaan - LADAP walaupun telah dapat bertukar ke SK Semenyih. Suasana kegembiraan dapat dilihat dan dirasai dengan telatah, gelak ketawa, usik mengusik serta juadah yang dibawa. Terima kasih atas komitmen dan kerjasama yang diberi.

Gotong Royong Keceriaan Dewan Gemilang

Tarikh : 7 Mei 2011
Masa : 8.30 pg
Anjuran : PIBG SK Sri Jelok
Tempat : Dewan Gemilang SK Sri Jelok
Aktiviti : Mengecat dewan
Tujuan : 1. Memberi nafas baru pada dewan yang berumur hampir 13 tahun.
                  2. Membina perhubungan silatulrahim antara AJK ibu bapa dan guru
Laporan :
Projek pertama AJK PIBG sesi 2011-2012 diadakan dengan jayanya. Bermula dari pukul 8.30 pg - 2.00 ptg. Setiap JK membawa "pot luck" masing-masing. Selain daripada kepakaran mengecat, dapat juga menunjuk kepakaran memasak. Terima kasih daun keladi kepada semua yang terlibat. Selepas mengecat,terasa amat penat namun tetap gembira.

Friday 6 May 2011

BENGKEL PEMBINAAN HALAMAN BLOG PKHEM (SR) DHL

Bengkel Pembinaan Halaman Blog PKHEM (SR) DHL ini diadakan pada 5 dan 6 Mei 2011 di PKG Ampang. Seramai 12 orang PK HEM dapat hadir di bengkel ini. Penerangan dan latihan diberikan oleh Encik Adlan b Mohd Ali dari SK Dusun Tua. Bengkel ini telah memberi banyak maanfat yang berguna kepada PK HEM, daripada tidak tahu kepada tahu. Harapan saya lebih ramai lagi PK HEM Daerah Hulu Langat akan didedahkan kepada bengkel ini. Terima kasih daun keladi kepada JKGPKHEM(SR) DHL atas inisiatif menagadakan bengkel seperti ini. Terima kasih juga kepada PPD Hulu Langat yang telah meluluskan permohonan JKGPKHEM(SR) DHL untuk mengadakan bengkel ini.