Wednesday 7 March 2012

SISTEM SALAH LAKU DISIPLIN MURID (SSDM) BERASASKAN WEB


SISTEM SALAH LAKU DISIPLIN MURID (SSDM)

SSDM ONLINE

}Sistem Salahlaku Disiplin Murid (SSDM) berasaskan web bertujuan untuk merekod maklumat salahlaku disiplin murid seperti ponteng kelas, ponteng sekolah, lewat ke sekolah, lewat masuk kelas, tidak membuat kerja sekolah, melawan guru, mewarnakan rambut, dan sebagainya di seluruh Malaysia dengan capaian yang mudah dan berkesan.
}Melaksanakan beberapa tugas seperti:
1.Merekod kes-kes salahlaku murid
2.Menyimpan perincian maklumat murid dan sekolah
3.Menjana dan memaparkan laporan statistik salahlaku

Oleh itu, semua murid diminta prihatin terhadap segala peraturan sekolah dan sentiasa memastikan tidak melanggar peraturan tersebut supaya nama anda tidak dimasukkan ke dalam SSDM. Rekod ini akan dihantar ke bahagian disiplin KPM setiap minggu.



PERMOHONAN KEMASUKAN KANAK-KANAK (WARGANEGARA) KE TAHUN SATU / 2013 DAN 2014


Monday 5 March 2012

Watikah Pelantikan Pengawas

Tarikh : 13 Februari 2012
Tempat : Dataran Perhimpunan (Sesi Pagi)
              Dewan Gemilang        (Sesi petang)

Pelantikan Ketua dan Penolong Ketua Kelas

Tarikh : 20 Februari 2012
Tempat : Dewan Gemilang SK Sri Jelok

CERAMAH & PEMERIKSAAN KESIHATAN UNTUK MURID-MURID PRA SEKOLAH

Tarikh : 3 Februari 2012
Masa : 11.00 pg - 12.00 tgh
Tempat : Bilik Prasekolah
Anjuran : Unit Kesihatan Sekolah
Aktiviti :
1.Ceramah pemakanan sihat
2. Ceramah Cara Penjagaan Gigi
3. Pemeriksaan Kerosakan Gigi Murid
4. Tunjukcara Memberus Gigi Yang Betul

SAMBUTAN MINGGU ANTI DADAH PERINGKAT SEKOLAH

" 1 MALAYSIA MEMBENTERAS DADAH"

Tarikh : 27 Februari - 2 Mac 2012
Tempat : Dataran Ilmu
Anjuran : Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) SK Sri Jelok
Aktiviti :
1. Pelancaran Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah
2. Bacaan 5 minit Anti Dadah  (Perhimpunan pagi)
3. Pertandingan Melukis Poster (Tahap 2)
4. Ceramah & Pameran  dari AADK
5. Pertandingan Mewarna (Tahap 1)

SEMINAR KESEDARAN KESELAMATAN KEBAKARAN (LADAP)

Tarikh : 11 Februari 2012
Masa: 1.30 - 3.00 ptg
Sasaran: Semua Pentadbir & Guru-guru SK Sri Jelok
Anjuran : Fire Prevention Centre, Petaling Jaya.
Objektif : 
1. untuk meningkatkan Kesedaran Keselamatan Kebakaran
2. memberi pengetahuan yang lebih mendalam ketika menghadapi situasi kejadian kebakaran
3. untuk mengurangkan risiko kejadian kebakaran dan kerugian yang akan dialami
Topik-topik yang dibincangkan:
1. Pengenalan
2. Maklumat Kebakaran
3. Cara-cara Pencegahan
4. Cara-cara Menyelamatkan Diri
5. Cara-cara Menggunakan Alat-alat Keselamatan
6. Cara-cara Menyelamatkan Diri Dari Asap Kebakaran
7. Tip Keselamatan Di Pejabat dan Rumah
8. Cara Mengosongkan Bangunan Tinggi
9. Statistik Kejadian Kebakaran
10. Kajian kes

Saturday 4 February 2012

PROGRAM PENINGKATAN KEPIMPINAN PENGAWAS 2012

Tarikh : 3 Februari 2012
Masa : 7.30 pagi - 12.00 tgh
Tempat : Dewan Gemilang SK Sri Jelok
Sasaran : Semua Pengawas Tahun 2 - 6


Sunday 1 January 2012

Pendaftaran & Taklimat Tahun 1 dan Pra Sekolah / 2012

Tarikh : 3 Januari 2012 (Selasa)
Masa : 7.30 pagi
Tempat :
a) Pendaftaran : Tahun 1        - Kantin Sekolah
                         Pra Sekolah - Bilik darjah Pra Sekolah    
b) Taklimat      : Tahun 1       - Dewan Gemilang
                         Pra Sekolah - Bilik Wawasan

Perhatian kepada murid-murid Tahun 1 / 2012 :
Murid-murid Tahun 1 diminta berpakaian sekolah lengkap.
Bawa bersama alat tulis untuk ujian diagnostik.
Pengambilan buku SPBT Tahun 1 / 2012 akan diberi kepada ibu bapa di Foyer sekolah selepas taklimat Tahun 1.
Ibu bapa diminta menandatangani Surat Perjanjian Penerimaan SPBT.

Sekian, terima kasih.