Thursday 18 August 2011

HARI KEMERDEKAAN KE 54


                                                            
                    "1 Malaysia : Transformasi Berjaya 
                                       Rakyat Sejahtera"



Program Masih Ada Yang Sayang

Program ini anjuran Unit Kebajikan, Kaunseling dan PIBG SK Sri Jelok.

1. Majlis Berbuka Puasa Anak Yatim dan Miskin bersama Tahun 6 pada 11 Ogos 2011 (Khamis) dari jam 6 ptg hingga 10.30 malam. Ibu bapa pelajar juga dijemput hadir bersama..

2. Membeli pakaian serba lengkap untuk Anak Yatim dan Miskin dari Tahun 1 - 6 pada 15 Ogos 2011. Murid-murid diberi peluang memilih pakaian dan kasut Raya kegemaran mereka.

3. Majlis Penyampaian baju Raya, hamper dan duit Raya pada 22 Ogos 2011 (Isnin) semasa Perhimpunan Rasmi oleh Guru Besar SK Sri Jelok, Encik Yusof bin Kamaruddin.

Akhir kata, TERIMA KASIH DAUN KELADI kepada PIBG, ibu bapa, guru-guru, staf sokongan, pekerja swasta (Pembersihan & Keselamatan), murid-murid dan juga Surau Al-Asmah dan orang perseorangan yang telah menyumbang tenaga, makanan dan derma dalam menjayakan Program ini.