Sunday, 23 October 2011

YOUNG and FIT bersama MILO

Tarikh : 
21 Oktober 2011 (Murid Tahap 1)
31 Oktober 2011 (Murid Tahap 2)
Masa : 
2.15 petang
11.00 pagi
Tempat  :
Dataran SK Sri Jelok
Anjuran :
Nestle Malaysia

Saturday, 22 October 2011

Kempen Anti Denggi Bersama Fumakilla 2011

Tarikh : 22 September 2011
Tempat : Dewan Gemilang SKSJ
Masa : Tahap 1 (Tahun1-3)  -   3.30 ptg - 4.30 ptg
           Tahap 2 (Tahun 4-6) -   9.00 pg - 10.00 pg
Sasaran : Murid -murid Tahap 1, 2 & guru-guru
Anjuran Bersama : Fumakilla Malaysia Berhad
Aktiviti :
1 - Sesi Persembahan / Drama 
      Satu persembahan seni lakon diperlihatkan kepada pelajar-pelajar berhubung dengan isu-isu yang       berkaitan :

  •  Mengenali nyamuk aedes
  • Penerangan mengenai pembiakan / kitaran hidup nyamuk di persekitaran kita
  • Penerangan mengenai demam denggi
  • Simptom demam denggi & kesan ke atas kesihatan pada badan
  • Cara-cara mengawal serta pencegahan pembiakan dan demam denggi

2 - Sesi Penerangan & Kuiz 

  • Setelah selesai sesi persembahan, fasilitator memberikan penerangan/ulasan terperinci kepada pelajar-pelajar dengan merujuk kepada persembahan drama tersebut. 
  • Di dalam masa yang sama, fasilitator juga mengajukan beberapa soalan kuiz kepada pelajar-pelajar.

3 - Saguhati kepada pihak sekolah

  • Menyedari pentingnya bagi pihak sekolah untuk membenteras nyamuk aedes, maka pihak Fumakilla telah memberi sumbangan Fumakilla aerosol 318g berjumlah 2 kotak (48 botol) bagi kegunaan di kelas-kelas di sekolah.

Latihan Kecemasan SKSJ 2011


Latihan & Ceramah Kebakaran & Kecemasan  
Dengan Pasukan Bomba & Penyelamat Kajang

Tarikh   : 27 Julai 2011
Masa    : 9.30 pagi
Sasaran : Semua warga SK Sri Jelok
  • pelajar Pra-sekolah dan Tahun 4 - 6
  • pentadbir & guru
  • staf sokongan
  • staf pembersihan
  • staf kantin
  • pengawal keselamatan

Thursday, 18 August 2011

HARI KEMERDEKAAN KE 54


                                                            
                    "1 Malaysia : Transformasi Berjaya 
                                       Rakyat Sejahtera"



Program Masih Ada Yang Sayang

Program ini anjuran Unit Kebajikan, Kaunseling dan PIBG SK Sri Jelok.

1. Majlis Berbuka Puasa Anak Yatim dan Miskin bersama Tahun 6 pada 11 Ogos 2011 (Khamis) dari jam 6 ptg hingga 10.30 malam. Ibu bapa pelajar juga dijemput hadir bersama..

2. Membeli pakaian serba lengkap untuk Anak Yatim dan Miskin dari Tahun 1 - 6 pada 15 Ogos 2011. Murid-murid diberi peluang memilih pakaian dan kasut Raya kegemaran mereka.

3. Majlis Penyampaian baju Raya, hamper dan duit Raya pada 22 Ogos 2011 (Isnin) semasa Perhimpunan Rasmi oleh Guru Besar SK Sri Jelok, Encik Yusof bin Kamaruddin.

Akhir kata, TERIMA KASIH DAUN KELADI kepada PIBG, ibu bapa, guru-guru, staf sokongan, pekerja swasta (Pembersihan & Keselamatan), murid-murid dan juga Surau Al-Asmah dan orang perseorangan yang telah menyumbang tenaga, makanan dan derma dalam menjayakan Program ini.